Hari berlalu. Sepuluh hari kegembiraan itu terasa direntap begitu sahaja pada saat ini. Aku akan terluka lagi esok. Air mata akan mula membanjiri pipiku lagi. Hati aku akan dirobek lagi. Fikiranku akan kusut lagi. Hari yang akan datang tanpa apa apa jaminan. Entah hidup ataupun tidak lagi, entah aku akan kuat atau aku akan melurut jatuh.
Keperitan hidup terasa lagi. Gelak tawa mereka buat aku semakin kecewa. Kenapa aku tidak mampu segembira mereka? Kenapa aku hanya mampu menangis sepanjang 47 hari ini? Kenapa? Kenapa? Adakah aku lemah? Adakah mereka tabah? Atau, adakah hanya aku yang memikirkan kejayaan di masa hadapan? Tidak. Aku pasti, tidak. Mereka memikirkannya. Cuma, aku yang terlalu bimbang.
Tuhan, berikan aku kekuatan. Jangan beri hati ini kecewa lagi. Beri lah aku akan sentiasa kembali pada-Mu. Berikan aku semangat baru. Habiskan 10 bulan ini secepat mungkin.
Ketika aku lemah, aku ada dia. Dia sentiasa di sisi. Ketika aku marah, dia menenangkan hati. Ketika aku merajuk, dia memujuk. Ketika aku kecewa, dia berikan aku harapan. Dia adalah diriku, yang sempurna.
Berikan aku kekuatan sebanyak dia. Hentikan tangis duka ini.
Tuhan, ini dugaan-Mu. Ini ujian dari-Mu. Beri lah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman, istajibillah humma dua'ana.
Wednesday, 13 February 2013 @ 22:41 | back to top?
Lama aku menatap diri. Bibirku yang pucat aku raba perlahan. Allah! Suatu ketika dahulu, bibir ini berseri dengan warna merah jambunya yang memukau. Setiap kali aku mengoles lipbalm, pasti bibir ini terasa lembap. Setiap kali aku memakai lipstick, indah sekali warna yang terpamer di bibir ini. Setiap kali aku mencalitkan lipgloss, bibir ini. Mampu memukau mata hampir semua orang yang memandangnya. Cantiknya ia dengan kilauan yang memukau.
Sungguh, aku dikurniakan rupa paras yang menawan. Mempunyai kulit putih gebu dengan pipi yang ternyata mempunyai persona sendiri tanpa perlu aku memakai blusher. Bulu mataku. Panjang dan walaupun ianya tidak melentik, ianya tetap ada aura tersendiri. Mataku indah. Berwarna coklat muda dan mataku bundar. Punya kening yang cantik terbentuk sendiri. Hidungku mancung dan bibirku, sempurna. Bibirku sangat indah. Ini lah yang paling aku sayang dan cinta antara kesemuanya.
Surat dari Cambodia University yang menawarkan aku jurusan architecture aku capai. Menggeletar tanganku memegangnya. Terlalu banyak yang aku korbankan untuk sampai ke tahap ini. Terlalu banyak. Malah, separuh dari kehidupanku hanya untuk kejayaan ini. Hanya untuk surat tawaran ini.
Aku terduduk di hadapan cermin dengan tangan setia memeluk surat tawaran. Perlahan-lahan, air mataku mengalir. Allah! Berat sungguh ujian-Mu.
Tidak pernah aku sangka ini jadinya. Ini kesudahannya.
*******
"Awak, disahkan menghidap penyakit Leukimia." Tenang, doktor itu menuturkan.
Aku? Serasa duniaku telah diterbalikkan hanya dengan sebaris kata itu. Aku terus berlalu pergi meninggallan doktor muda itu di meja kerjanya.
*******
Perbualan pendek yang berlaku antara aku dan doktor muda yang dikenalkan oleh Khairul, terimbas lagi. Perbualan yang terlalu pendek jika hendak dibandingkan dengan kesannya kepada hidupku kini.
Ternyata aku tewas di sini. Aku tewas di bumi Malaysia ini. Aku tewas sebelum menjejak kaki ke tanah New York.
Aku cium perlahan cermin di hadapanku. Kesan rekahan bibirku amat nyata di cermin itu. Ketika ini, kecantikan yang aku jaga selama ini kah yang dapat membantu? Atau, kebijaksanaan yang aku korbankan segalanya untuknya yang dapat membantu? Kasih sayang seorang kekasih kah yang dapat membantuku sekarang?
Terasa kekuatanku diambil semula oleh Yang Maha Esa. Sedikit demi sedikit. Mataku berkaca dan setelah 3 tahun bertahan tanpa air mata, kini, ianya tumpah sekali lagi. Semangatku untuk terus belajar terasa terbang. Menjauh pergi dari aku.
Tuhan, beratnya dugaan Mu ini. Allahuakbar!
*******
Wajah mereka yang aku sayang, aku tatap lama. Buat kali terakhir sebelum aku melangkah pergi.
3 perkataan yang membawa maksud yang sungguh besar dalam hidupku. Bertahun bergelar pelajar, tidak pernah aku rasa begini. Aku terus terusan cemerlang tanpa 3 rasa ini. Seingat aku, aku tidak pernah membayangkan aku diletakkan di dalam situasi segetir ini. Ianya, seolah olah tidak wujud pada diriku suatu ketika dahulu. Allah! Riaknya diriku. Sesungguhnya aku seorang manusia yang telah menzalimi diri sendiri.
Ampunkan diriku Ya Allah.
Allah Maha Berkuasa. Dia berupaya melakukan segalanya. Dia juga lah yang mengetahui segalanya.
Semalam, aku bijak. Hari ini, aku bodoh. Semalam, aku bahagia. Hari ini, aku kecewa. Semalam, aku ketawa. Hari ini, aku menangis. Semalam, aku sempurna. Hari ini, aku manusia yang begitu banyak cacat celanya. Sesungguhnya manusia tidak akan pernah tahu apa yang telah Allah rancangkan untuk dirinya.
Allahuakbar! Sungguh, saat ini tiada yang mampu melegakan aku. Tiada. Tiada apa yang dapat menghentikan fikiranku dari terus terusan memikirkan perkara yang aku tidak senangi.
Hati sering berdegup kencang ketika rasa itu datang menyapa. Pedih. Perit. Aku tempuhi jalan yang penuh dengan onak duri demi kejayaan yang tidak pernah aku pasti. Sedih? Kecewa? Atau, takut?
Aku, manusia penuh riak. Manusia penuh kesenangan hidupnya mula mengenal erti keidupan. Hari demi hari berlalu.
Aku makin lemah untuk meneruskan hidup.
Semangatku makin tipis.
Kekuatanku makin berkurangan.
Suatu hari, ketika aku rasa diri tidak berdaya lagi. Aku bangun dari tempat perbaringanku. Mengambil tasbih di dalam laci meja yang telah lama aku tidak buka. Allah! Air mataku terus turun tanpa henti bila aku memegang tasbih itu. Sungguh, aku hamba-Nya yang banyak berdosa.
Perlahan-lahan aku mula bertahmid dan bertasbih.
Hatiku mula tenteram. Namun, rasa itu tidak lama. Hatiku mula resah. Aku mula memikirkan keadaan yang perlu aku tempuh pada hari esok.
Dan, aku tiada jaminan yang hari esok akan menyenangkan bagiku. Tiada siapa yang ada.
Fikiranku, mula negatif. 'Kalau aku tiada lagi di dunia ini, bukan kah ianya lebih mudah? Tiada kegusaran lagi.' Namun, sepantas itu juga aku teringatkan keluargaku yang banyak menyokongku. Apakah akan terjadi jika aku pergi? Mampukah aku menahan rasa rindu terhadap mereka?
Dengan hati yang penuh keresahan dan mata yang basah dengan air mata serta pipi yang ada kesan tangisan. Aku tertidur. Alangkah indahnya jika malam itu, aku bahagia. Pasti esoknya aku akan ceria. Namun, terik tidak sampai ke petang. Ianya hujan, di tengahari. Hujan, lebat sekali. Seolah olah tiada tanda mahu berhenti.
Tuhan, aku hamba yang banyak berdosa. Aku hamba yang leka dengan keindahan dunia. Berikan aku secebis kekuatan untuk meneruskan hidup ini Ya Allah. Berikan aku kejayaan di masa hadapan dan berikan lah aku keinsafan. Bimbing lah hati ini. Pagari lah ia dari rasa takabbur dan riak.
Hari esok tiada jaminan. Tapi, hati aku yakin, aku pasti akan terluka lagi esok.