Assalamualaikum. :)
Ketakutan. Kekecewaan. Ketidakyakinan.
3 perkataan yang membawa maksud yang sungguh besar dalam hidupku. Bertahun bergelar pelajar, tidak pernah aku rasa begini. Aku terus terusan cemerlang tanpa 3 rasa ini. Seingat aku, aku tidak pernah membayangkan aku diletakkan di dalam situasi segetir ini. Ianya, seolah olah tidak wujud pada diriku suatu ketika dahulu. Allah! Riaknya diriku. Sesungguhnya aku seorang manusia yang telah menzalimi diri sendiri.
Ampunkan diriku Ya Allah.
Allah Maha Berkuasa. Dia berupaya melakukan segalanya. Dia juga lah yang mengetahui segalanya.
Semalam, aku bijak. Hari ini, aku bodoh. Semalam, aku bahagia. Hari ini, aku kecewa. Semalam, aku ketawa. Hari ini, aku menangis. Semalam, aku sempurna. Hari ini, aku manusia yang begitu banyak cacat celanya. Sesungguhnya manusia tidak akan pernah tahu apa yang telah Allah rancangkan untuk dirinya.
Allahuakbar! Sungguh, saat ini tiada yang mampu melegakan aku. Tiada. Tiada apa yang dapat menghentikan fikiranku dari terus terusan memikirkan perkara yang aku tidak senangi.
Hati sering berdegup kencang ketika rasa itu datang menyapa. Pedih. Perit. Aku tempuhi jalan yang penuh dengan onak duri demi kejayaan yang tidak pernah aku pasti. Sedih? Kecewa? Atau, takut?
Aku, manusia penuh riak. Manusia penuh kesenangan hidupnya mula mengenal erti keidupan. Hari demi hari berlalu.
Aku makin lemah untuk meneruskan hidup.
Semangatku makin tipis.
Kekuatanku makin berkurangan.
Suatu hari, ketika aku rasa diri tidak berdaya lagi. Aku bangun dari tempat perbaringanku. Mengambil tasbih di dalam laci meja yang telah lama aku tidak buka. Allah! Air mataku terus turun tanpa henti bila aku memegang tasbih itu. Sungguh, aku hamba-Nya yang banyak berdosa.
Perlahan-lahan aku mula bertahmid dan bertasbih.
Hatiku mula tenteram. Namun, rasa itu tidak lama. Hatiku mula resah. Aku mula memikirkan keadaan yang perlu aku tempuh pada hari esok.
Dan, aku tiada jaminan yang hari esok akan menyenangkan bagiku. Tiada siapa yang ada.
Fikiranku, mula negatif. 'Kalau aku tiada lagi di dunia ini, bukan kah ianya lebih mudah? Tiada kegusaran lagi.' Namun, sepantas itu juga aku teringatkan keluargaku yang banyak menyokongku. Apakah akan terjadi jika aku pergi? Mampukah aku menahan rasa rindu terhadap mereka?
Dengan hati yang penuh keresahan dan mata yang basah dengan air mata serta pipi yang ada kesan tangisan. Aku tertidur. Alangkah indahnya jika malam itu, aku bahagia. Pasti esoknya aku akan ceria. Namun, terik tidak sampai ke petang. Ianya hujan, di tengahari. Hujan, lebat sekali. Seolah olah tiada tanda mahu berhenti.
Tuhan, aku hamba yang banyak berdosa. Aku hamba yang leka dengan keindahan dunia. Berikan aku secebis kekuatan untuk meneruskan hidup ini Ya Allah. Berikan aku kejayaan di masa hadapan dan berikan lah aku keinsafan. Bimbing lah hati ini. Pagari lah ia dari rasa takabbur dan riak.
Hari esok tiada jaminan. Tapi, hati aku yakin, aku pasti akan terluka lagi esok.
*******
Labels: Life, Short stories