Hari berlalu. Sepuluh hari kegembiraan itu terasa direntap begitu sahaja pada saat ini. Aku akan terluka lagi esok. Air mata akan mula membanjiri pipiku lagi. Hati aku akan dirobek lagi. Fikiranku akan kusut lagi. Hari yang akan datang tanpa apa apa jaminan. Entah hidup ataupun tidak lagi, entah aku akan kuat atau aku akan melurut jatuh.
Keperitan hidup terasa lagi. Gelak tawa mereka buat aku semakin kecewa. Kenapa aku tidak mampu segembira mereka? Kenapa aku hanya mampu menangis sepanjang 47 hari ini? Kenapa? Kenapa? Adakah aku lemah? Adakah mereka tabah? Atau, adakah hanya aku yang memikirkan kejayaan di masa hadapan? Tidak. Aku pasti, tidak. Mereka memikirkannya. Cuma, aku yang terlalu bimbang.
Tuhan, berikan aku kekuatan. Jangan beri hati ini kecewa lagi. Beri lah aku akan sentiasa kembali pada-Mu. Berikan aku semangat baru. Habiskan 10 bulan ini secepat mungkin.
Ketika aku lemah, aku ada dia. Dia sentiasa di sisi. Ketika aku marah, dia menenangkan hati. Ketika aku merajuk, dia memujuk. Ketika aku kecewa, dia berikan aku harapan. Dia adalah diriku, yang sempurna.
Berikan aku kekuatan sebanyak dia. Hentikan tangis duka ini.
Tuhan, ini dugaan-Mu. Ini ujian dari-Mu. Beri lah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman, istajibillah humma dua'ana.
Labels: Short stories