My name is Mia. I'm a though broken-hearted girl. Young enough to know what WORLD means. happiness is just a habit-cultivate it. hope and believe.


MyTwitter MyTumblr WidyaQistina NazatulAmira WeiYeng ZoeyZauyah Fyna MimiJazman


a part of big BELIEBERS family.an extraordinary GLEEK. Robsten dreamer. addicted to Adam Levine.


Layout by rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow review tutorial refresh

Lazuardi by Nasz
Thursday, 8 November 2012 @ 18:45 | back to top?
Lazuardi. Okay, harini mia nak review buku Nasz yang terbaru. Tajuk dia Lazuardi. Baru baca sampai bab 4, itu pun dekat ebook. Tapi, buku dah beli. Cuma sayang nak selak-selak buku tu. HAHAHA.

Cerita yang Nasz tulis dekat blog dia tu, dari Anaz #1 sampai Anaz #31 dah khatam dalam satu malam. Best gila! Macam biasa, mesti suka Shark.

Shark yang kaya, yang macho, yang cool, yang pandai, yang romantik, yang memahami, and lastly YANG SANGAT SAYANGKAN ANAZ.


Yelah, cerita tu sedih sebenarnya. Buku tu berat sikit kalau nak dibandingkan dengan Sweet Sour yang tak ada apa-apa masalah bila kita baca tu. Rasa macam hidup Lia tu bahagia je dengan Joe tu. Tapi, hidup Anaz ni banyak yang masin dari yang manis.

Tapi, setiap kali dia sedih. Mesti Shark ada dekat sisi dia. That's why ramai manusia yang baca buku ni, terus angau dekat Shark seperti juga diri ini.

Anaz, hidup dia susah sebab mama dia langsung tak sayangkan dia. Mama dia percaya yang dia cuba samun rumah sendiri. Masa tu, Shark yang tolong dia. Shark ajak dia kahwin. Tapi, Anaz tak nak. Ye lah, bagi dia, Shark tu muda lagi. Belajar pun tak habis lagi. Dia lain lah, belajar pun dah nak habis. Dia lagi tua dari Shark sebenarnya. Tapi, Shark ni dah beria-ia sangat sampai bawak Anaz jumpa Tok Babah dia. Ini lagi satu yang mia suka. Nama Tok Babah tu sweet betul.

Anaz rasa yakin lepas dia buat solat hajat and solat istikharah pasal Shark. Dia pun setuju nak kahwin dengan Shark. Diaorang kahwin dekat Jakarta tanpa family Anaz. Sebab? Anaz tahu mama dia takkan bagi dia kahwin dengan Shark. Walaupun diaorang kahwin tanpa restu mama Anaz, family Shark macam tak kisah langsung. Tok Babah pun sayang betul dekat Anaz.

Lepas tu, Nueq, adik Anaz merangkpa kawan baik Shark, and abah Anaz, merangkap ayah mertua Shark meninggal sebab terlibat dengan kemalangan jalan raya. Mama Anaz strok bila tahu berita tu. Tapi, masa ni, mama Anaz makin jadi jahat dengan Anaz ada lah. Walaupun dah sakit-sakit macam tu.

Tiba-tiba Anaz mintak cerai dengan Shark walaupun masa tu, diaorang dah kahwin 4 tahun and diaorang sekali pun tak pernah bergaduh. Diaorang tetap sweet je selam 4 tahun tu. Kenapa? yang pasti, bukan sebab permintaan mama Anaz.

Er, tak boleh lah nak bagitau keseluruhan cerita. Sebab ini review sahaja. Bukannya whole story. Hahahaha. Korang beli je lha. Best sangat bila baca.

Antara Mohd Faizul yang merupakan Joe iaitu hero dalam Sweet Sour dengan Mohd Syakir yang merupakan Shark iaitu hero dalam Lazuardi,
mia suka Shark lagi. mungkin sebab Shark tu macam riang sikit. tak macam Joe yang serius gila tu. ahahha. btw, baca lah buku Nasz, korang takkan bosan.

:)

terima kasih kepada Arep Tembot yang sanggup pergi beli Lazuardi malam-malam buta semata-mata sebab diri ini yang dah meroyan nak baca buku Lazuardi tu.

Labels:




Older Post | Newer Post